Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Aduan bagi maksud mendapatkan maklumat lanjut supaya dapat menentukan—
(2)
Jika Jawatankuasa Aduan berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Bahagian IV Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 dizahirkan, Jawatankuasa Aduan hendaklah dengan segera membuat suatu laporan kepada Suruhanjaya mengenai aduan itu berserta dengan syor untuk merujukkan aduan itu kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk pertimbangan Suruhanjaya.
(3)
Jika Jawatankuasa Aduan berpuas hati bahawa suatu salah laku yang dinyatakan dalam seksyen 24 dizahirkan dan bahawa terdapat asas bagi Suruhanjaya memulakan suatu penyiasatan sepenuhnya, Jawatankuasa Aduan hendaklah dengan segera membuat suatu laporan kepada Suruhanjaya mengenai aduan itu berserta dengan syor supaya Suruhanjaya memulakan penyiasatan sepenuhnya mengenai salah laku itu untuk pertimbangan Suruhanjaya.
(4)
Jika Jawatankuasa Aduan berpuas hati bahawa—
(a)
aduan itu tidak termasuk dalam ruang lingkup salah laku yang dinyatakan dalam seksyen 24;
(b)
aduan itu bersifat remeh atau menyusahkan, atau bahawa aduan itu tidak dibuat dengan suci hati;
(c)
hal perkara aduan itu kecil;
(d)
salah laku yang diadukan itu telah berlaku terlalu lama dahulu untuk mewajarkan suatu penyiasatan dijalankan;
(e)
terdapat atau telah tersedia ada suatu cara tebus rugi alternatif dan memuaskan bagi pengadu; atau
(f)
hal perkara aduan itu telah diputuskan secara muktamad oleh mana-mana mahkamah atau menjadi hal perkara apa-apa prosiding yang belum selesai di mana-mana mahkamah, termasuklah apa-apa prosiding rayuan, maka Jawatankuasa Aduan hendaklah membuat suatu laporan kepada
Suruhanjaya mengenai aduan itu dan dapatannya, termasuk alasan bagi dapatannya, dan membuat syor supaya Suruhanjaya menolak aduan itu.
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 25
Tindakan oleh Suruhanjaya selepas dapatan Jawatankuasa
Aduan