Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(2)
Jika Suruhanjaya, selepas menimbangkan laporan dan syor
Jawatankuasa Aduan di bawah subseksyen 26(2), bersetuju dengan syor
Jawatankuasa Aduan itu, Suruhanjaya hendaklah merujukkan aduan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakannya.
(3)
Jika Suruhanjaya telah merujukkan suatu aduan kepada Pihak
Berkuasa Tatatertib yang berkenaan di bawah subseksyen (1) atau
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di bawah subseksyen (2)
untuk tindakan, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan atau
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjalankan penyiasatannya sendiri dan menyampaikan dapatannya kepada Suruhanjaya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan aduan itu daripada Suruhanjaya.
(4)
Jika Suruhanjaya, selepas menimbangkan laporan dan syor
Jawatankuasa Aduan di bawah subseksyen 26(3), bersetuju dengan syor Jawatankuasa Aduan itu dan berpendapat bahawa Suruhanjaya patut memulakan penyiasatan sepenuhnya mengenai aduan itu,
Suruhanjaya hendaklah memaklumkan—
(a)
dalam hal jika aduan salah laku itu bersifat tatatertib,
Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan; atau
(b)
dalam hal jika aduan salah laku itu bersifat jenayah, agensi penguatkuasaan yang berkaitan dan Pendakwa Raya, dan memulakan penyiasatan mengenai aduan itu di bawah Akta ini.
(5)
Jika Suruhanjaya, selepas menimbangkan laporan, dapatan dan syor Jawatankuasa Aduan di bawah subseksyen 26(4), bersetuju
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 700
dengan dapatan dan syor Jawatankuasa Aduan itu dan Suruhanjaya tidak berhasrat untuk menyiasat aduan itu, Suruhanjaya hendaklah menolak aduan itu.
(6)
Jika Suruhanjaya tidak berpuas hati dengan laporan dan syor atau dapatan Jawatankuasa Aduan di bawah subseksyen 26(1), (2),
(3)
atau (4), Suruhanjaya hendaklah mengarahkan Pasukan Petugas untuk membuat penyiasatan lanjut mengenai aduan itu.
(7)
Pasukan
Petugas hendaklah melaporkan dapatan penyiasatannya kepada Suruhanjaya dalam masa empat belas hari bagi keputusan muktamad Suruhanjaya.
(8)
Suruhanjaya hendaklah memaklumkan pengadu tentang tindakan yang diambil di bawah seksyen ini.
Suruhanjaya boleh memulakan penyiasatan atas inisiatif sendiri