Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(a)
salah laku yang diadukan itu tidak disahkan, Suruhanjaya hendaklah merekodkan dapatannya dan memaklumkan pengadu;
(b)
salah laku itu merupakan suatu kesalahan tatatertib,
Suruhanjaya hendaklah merekodkan dapatannya dan membuat suatu syor tentang hukuman yang patut dikenakan ke atas pegawai penguat kuasa yang berkenaan itu dan merujukkan perkara itu kepada Pihak Berkuasa
Tatatertib yang berkenaan untuk tindakannya; atau
(c)
salah laku itu merupakan suatu kesalahan jenayah,
Suruhanjaya hendaklah merekodkan dapatannya dan mengumpulkan laporan dan kertas penyiasatannya dan merujukkan perkara itu kepada Pendakwa Raya.
(2)
Jika Suruhanjaya telah merujukkan sesuatu perkara kepada
Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan di bawah perenggan (1)(b),
Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah memaklumkan Suruhanjaya mengenai tindakannya dan alasan mengenai keputusannya dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan dapatan dan syor itu.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 700
(3)
Jika Suruhanjaya telah merujukkan sesuatu perkara kepada
Pendakwa Raya di bawah perenggan (1)(c), Pendakwa Raya hendaklah menyampaikan keputusannya kepada Suruhanjaya dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan dapatan, laporan dan kertas penyiasatan itu.
(4)
Jika sesuatu pertuduhan dibuat oleh Pendakwa Raya, apa-apa keterangan yang didapati oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini boleh, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, digunakan bagi maksud prosiding jenayah.
(5)
Suruhanjaya hendaklah mengumumkan dapatannya kepada orang ramai dan memaklumkan pengadu mengenai dapatannya dan apa-apa tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tatatertib atau
Pendakwa Raya di bawah seksyen ini.