Malaysia legislation

Section 31

of *AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009

Seksyen 31

(a)

untuk mengadakan pendengaran jika didapati perlu atau wajar oleh Suruhanjaya untuk berbuat demikian;

(b)

untuk mendapatkan dan menerima semua keterangan, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana yang didapati perlu atau wajar oleh Suruhanjaya untuk didapatkan atau diperiksa;

(c)

untuk menghendaki keterangan mana-mana saksi, sama ada bertulis atau lisan, dibuat atas sumpah atau ikrar (sumpah atau ikrar sedemikian hendaklah seperti sumpah atau ikrar yang boleh dikehendaki daripada saksi itu jika dia memberikan keterangan dalam mahkamah undang-undang)

atau melalui akuan berkanun;

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 29

(d)

untuk memanggil mana-mana orang yang bermastautin di

Malaysia untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pendengaran Suruhanjaya untuk memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam milikannya;

(e)

untuk mengeluarkan waran penangkapan untuk memaksa kehadiran mana-mana orang yang, selepas dipanggil untuk hadir, tidak berbuat sedemikian dan tidak memberikan alasan bagi ketidakhadiran itu dengan memuaskan

Suruhanjaya, dan memerintahkan orang itu supaya membayar semua kos yang mungkin telah ditanggung semasa memaksa kehadirannya atau oleh sebab keengganannya mematuhi saman itu, dan juga untuk mendenda orang itu suatu jumlah yang tidak melebihi lima ribu ringgit;

(f)

untuk mengenakan denda yang jumlahnya tidak melebihi lima ribu ringgit ke atas mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh

Suruhanjaya untuk memberikan keterangan atas ikrar atau untuk mengemukakan sesuatu dokumen atau benda lain, enggan berbuat sedemikian dan tidak memberikan alasan bagi keengganannya dengan memuaskan Suruhanjaya;

(g)

untuk menerima, walau apa pun apa-apa peruntukan Akta

Keterangan 1950 [Akta 56], apa-apa keterangan, sama ada bertulis atau lisan, yang mungkin tidak boleh diterima dalam prosiding sivil atau jenayah;

(h)

untuk mengaward mana-mana orang yang telah menghadiri mana-mana mesyuarat atau pendengaran Suruhanjaya apa-apa jumlah wang yang pada pendapat Suruhanjaya mungkin telah ditanggung oleh orang itu secara munasabah oleh sebab kehadiran sedemikian; dan

(i)

untuk membenarkan atau tidak membenarkan orang ramai untuk menghadiri pendengaran itu atau mana-mana bahagiannya.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

(2)

Walau apa pun perenggan (1)(d), jika seseorang yang dipanggil itu ialah orang yang sedang ditahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, saman itu hendaklah dikeluarkan mengikut undang-undang yang terpakai berhubung dengan tempat tahanan itu.

Kuasa untuk mendapatkan dokumen atau benda lain

Section 31 — AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009