Malaysia legislation

Section 32

of *AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009

Seksyen 32

(a)

untuk hadir, pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu di hadapan Pesuruhjaya atau anggota

Pasukan Petugas sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; dan

(b)

untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau keterangan, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.

(2)

Notis itu boleh membuat peruntukan bagi kehendak itu dipenuhi oleh seseorang lain yang bertindak bagi pihak orang yang ke atasnya kehendak itu telah dikenakan.

(3)

Seseorang tidak boleh, tanpa alasan yang munasabah, enggan atau tidak mematuhi notis yang disampaikan ke atasnya di bawah seksyen ini.

(4)

Seseorang yang, tanpa alasan yang munasabah, tidak mematuhi notis yang disampaikan di bawah subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Obligasi di sisi undang-undang untuk memberikan maklumat

Section 32 — AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009