Malaysia legislation

Section 39

of *AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009

Seksyen 39

(a)

untuk mengangkat sumpah atau membuat ikrar;

(b)

untuk menjawab apa-apa soalan yang berkaitan dengan sesuatu penyiasatan yang ditanyakan kepada saksi itu oleh

Pesuruhjaya di pendengaran itu; atau

(c)

untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang berada dalam jagaan atau kawalan saksi itu yang dikehendaki oleh saman itu atau oleh Pesuruhjaya supaya dikemukakan oleh saksi itu.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

(2)

Seseorang saksi yang dipanggil hadir atau yang hadir di hadapan Suruhanjaya di sesuatu pendengaran tidak dikecualikan daripada menjawab apa-apa soalan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain atas alasan bahawa jawapan, dokumen atau benda lain itu boleh menunjukkan kesalahan saksi itu atau cenderung untuk menunjukkan kesalahan saksi itu, atau atas apa-apa alasan terlindung yang lain, kewajipan simpan rahsia atau sekatan lain mengenai penzahiran, atau atas apa-apa alasan lain.

(3)

Sesuatu jawapan yang dibuat, atau dokumen atau benda lain yang dikemukakan, oleh seseorang saksi di sesuatu pendengaran di hadapan Suruhanjaya tidak boleh diterima sebagai keterangan terhadap mana-mana orang dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, tetapi boleh digunakan untuk memutuskan sama ada untuk membuat sesuatu perintah bagi maksud apa-apa prosiding tatatertib yang diadakan oleh

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

(4)

Tiada apa-apa dalam seksyen ini menjadikan tidak boleh diterima—

(a)

apa-apa jawapan, dokumen atau benda lain dalam prosiding bagi suatu kesalahan terhadap Akta ini atau dalam prosiding untuk penghinaan di bawah Akta ini;

(b)

apa-apa jawapan, dokumen atau benda lain dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah jika saksi itu tidak membantah memberikan jawapan atau mengemukakan dokumen atau benda lain walau apa pun peruntukan subseksyen (2); atau

(c)

apa-apa dokumen dalam apa-apa prosiding sivil bagi atau berkenaan dengan apa-apa hak atau liabiliti yang diberikan atau dikenakan oleh dokumen atau benda lain itu.

Kuasa untuk menggeledah dengan waran

Section 39 — AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009