Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
(a)
mana-mana premis telah digunakan bagi; atau
(b)
di dalam mana-mana premis, terdapat keterangan yang perlu untuk menyiasat, salah laku itu, Majistret boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa Pesuruhjaya atau anggota Pasukan Petugas yang dinamakan dalamnya, pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, masuk ke dalam premis itu dan jika perlu, dengan kekerasan.
(2)
Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa kepada Pesuruhjaya atau anggota Pasukan Petugas untuk—
(a)
menggeledah premis itu dan menyita atau mengalihkan dari premis itu apa-apa kenderaan, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai salah laku itu;
(b)
mengambil sampel apa-apa benda yang dijumpai di dalam premis itu bagi maksud menentukan, melalui pengujian atau selainnya, sama ada salah laku itu telah dilakukan; dan
(c)
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau barang lain yang dijumpai di dalam premis itu.
(3)
Pesuruhjaya atau anggota Pasukan Petugas yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya mana-mana orang lain dan kelengkapan yang didapatinya perlu.
(4)
Pesuruhjaya atau anggota Pasukan Petugas boleh, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu berbuat demikian—
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 700
(a)
memecah buka apa-apa pintu luar atau dalam premis itu atau apa-apa pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu, supaya dapat masuk ke dalam premis itu;
(b)
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melakukannya di bawah seksyen ini; dan
(c)
menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran