Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009

Seksyen 8

Jawatan seseorang Pesuruhjaya hendaklah menjadi kosong jika—

(a)

dia mati;

(b)

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan yang berkenaan dengan—

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

(c)

dia menjadi bankrap;

(d)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(e)

dia tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;

(f)

peletakan jawatannya telah diterima oleh Yang di-Pertuan

Agong;

(g)

pelantikannya telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan

Agong; atau

(h)

tempoh pelantikannya telah tamat.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

Mesyuarat Suruhanjaya

Section 8 — AKTA SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009