Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(2)
Pengerusi Suruhanjaya hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Suruhanjaya.
(3)
Kuorum Suruhanjaya ialah empat orang.
(4)
Tiap-tiap Pesuruhjaya yang hadir berhak mendapat satu undi dan jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh
Suruhanjaya terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
(5)
Suruhanjaya hendaklah menentukan perjalanan prosidingnya sendiri.
(6)
Suruhanjaya hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(7)
Suruhanjaya boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak mengundi dalam mesyuarat itu atau hadir semasa sesuatu keputusan dibuat.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi