Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Pindaan seksyen 11
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai suatu lembaga pengarah yang hendaklah bertanggungjawab bagi penjalanan urusan dan hal ehwal Suruhanjaya dan hendaklah menjalankan segala kuasa dan melakukan segala tindakan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Suruhanjaya.”;
(b)
dengan memotong subseksyen (2);
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan)
(c)
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Lembaga hendaklah terdiri daripada pengarah yang berikut:
(a)
seorang Pengerusi yang dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat
Menteri;
(b)
Ketua Setiausaha atau seorang
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi sebagaimana yang dinamakan oleh Menteri;
(c)
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau seorang Timbalan Ketua Setiausaha
Perbendaharaan atau mana-mana wakil
Kementerian Kewangan;
(d)
seorang Ketua Setiausaha atau seorang
Timbalan Ketua Setiausaha suatu kementerian sebagaimana yang dilantik oleh Menteri;
(e)
Gabenor, atau seorang Timbalan Gabenor atau Penolong Gabenor Bank Negara
Malaysia sebagaimana yang dinamakan oleh Gabenor;
(f)
seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 11a; dan
(g)
enam orang yang dilantik oleh Menteri, sekurang-kurangnya dua daripadanya hendaklah orang yang berkedudukan dan berpengalaman dalam pergerakan koperasi.”;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1694
(d)
dengan memotong subseksyen (4), (5) dan (6);
(e)
dalam subseksyen (7)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “Pengerusi
Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Eksekutif”
dengan perkataan “Pengerusi”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “surat pelantikan mereka masing-masing” dengan perkataan
“surat pelantikannya”; dan
(f)
dengan memotong subseksyen (8).
Seksyen baharu 11a, 11b, 11c dan 11d