Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11
seksyen yang berikut:
“Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif 11 a. (1) Menteri hendaklah melantik seorang
Ketua Pegawai Eksekutif dan tidak lebih daripada tiga orang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi membantu
Ketua Pegawai Eksekutif, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat pelantikan mereka masing-masing.
(2)
Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua
Pegawai Eksekutif hendaklah menumpukan sepenuh masa profesional mereka kepada perkhidmatan Suruhanjaya dan semasa memegang jawatan itu tidak boleh memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain sama ada dengan saraan atau tidak.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2) dan mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, Ketua Pegawai Eksekutif atau Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif boleh dilantik oleh mana-mana undang-undang bertulis atau perlembagaan atau statut atau dengan kelulusan Menteri untuk menjalankan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan)
7
apa-apa kuasa, menunaikan apa-apa kewajipan, dan melaksanakan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan diberi apa-apa gelaran jawatan sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana undang-undang bertulis itu.
Kuasa dan tugas Ketua Pegawai Eksekutif 11b. (1) Suruhanjaya hendaklah meletak hak pada
Ketua Pegawai Eksekutif mana-mana kuasa dan mengenakan kepadanya apa-apa tugas sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(2)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga yang hendaklah selaras dengan Akta ini.
(3)
Ketua Pegawai Eksekutif tidak boleh memutuskan mengenai perkara dasar dan hala tuju strategik Suruhanjaya tanpa kelulusan Lembaga.
(4)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah—
(a)
bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi, aktiviti dan hal ehwal harian
Suruhanjaya mengikut dasar yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya;
(b)
menjalankan pengawalseliaan dan kawalan ke atas semua pegawai dan pekerja Suruhanjaya; dan
(c)
melaksanakan apa-apa tugas lain dan menunaikan apa-apa tanggungjawab lain sebagaimana yang ditentukan atau diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
(5)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dengan semunasabahnya berhati-hati, mahir, berusaha dan menggunakan pertimbangan yang wajar dalam menjalankan kewajipannya di bawah
Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1694
(6)
Ketua Pegawai Eksekutif disifatkan telah menggunakan pertimbangan wajar yang disebut dalam subseksyen (5)
jika dia—
(a)
membuat pertimbangan itu dengan suci hati bagi maksud yang wajar;
(b)
tidak mempunyai kepentingan peribadi yang material dalam hal perkara pertimbangan itu;
(c)
telah dimaklumkan tentang hal perkara pertimbangan itu pada takat yang dipercayainya secara munasabah adalah patut mengikut hal keadaan itu; dan
(d)
semunasabahnya mempercayai bahawa pertimbangan itu adalah untuk kepentingan terbaik Kerajaan dan Suruhanjaya.
(7)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain yang boleh diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif 11c. (1) Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif untuk bertindak sebagai
Ketua Pegawai Eksekutif bagi tempoh apabila—
(a)
jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong;
(b)
Ketua Pegawai Eksekutif tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau
(c)
Ketua Pegawai Eksekutif, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan fungsinya.
(2)
Sekiranya jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong selama lebih enam bulan, Menteri hendaklah melantik seorang lain untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, dan atas pelantikan itu, Ketua Pegawai Eksekutif sebelumnya hendaklah terhenti daripada memegang jawatan itu.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan)
9
Setiausaha Lembaga 11d. (1) Suruhanjaya hendaklah melantik seorang setiausaha kepada Lembaga daripada kalangan pegawai Suruhanjaya bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya.
(2)
Setiausaha hendaklah bertanggungjawab bagi—
(a)
penjalanan, pentadbiran dan pengurusan am fungsi dan aktiviti Suruhanjaya; dan
(b)
pelaksanaan keputusan Suruhanjaya.
(3)
Setiausaha hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pegawai
Eksekutif dan Suruhanjaya dari semasa ke semasa.
(4)
Dalam menunaikan kewajipannya setiausaha hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Ketua Pegawai
Eksekutif dan Suruhanjaya.
(5)
Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekerja Suruhanjaya yang perlu untuk membantu setiausaha dalam menunaikan fungsinya secara berkesan dan cekap dan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.”.
Pindaan seksyen 13