Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(a)
dia mati;
(b)
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;
atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(c)
dia menjadi bankrap;
(d)
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 695
(e)
dia tidak menghadiri tiga mesyuarat Suruhanjaya berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Perdana Menteri;
(f)
pelantikannya dibatalkan oleh Perdana Menteri; atau
(g)
peletakan jawatannya diterima oleh Perdana Menteri.
(2)
Jika jawatan seseorang anggota Suruhanjaya menjadi kosong menurut subseksyen (1), Perdana Menteri boleh melantik mana-mana orang yang difikirkannya sesuai untuk mengisi kekosongan yang wujud itu bagi baki tempoh yang dikosongkan oleh anggota itu atau bagi tempoh interim sehingga orang yang baru dilantik ke jawatan atau kedudukan yang dipegang oleh anggota itu sebelum dia mengosongkan jawatan atau kedudukan itu.
(3)
Apa-apa tempoh pelantikan di bawah subseksyen (2)
tidak boleh diambil pertimbangan dalam mengambil kira tempoh pelantikan yang dinyatakan dalam seksyen 6.
Penzahiran kepentingan