Malaysia legislation

Section 11

of AKTA SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN 2009

Seksyen 11

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Suruhanjaya yang dalamnya perkara itu dibincangkan atau ditimbangtelitikan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—

(a)

tidak boleh hadir semasa mana-mana perbincangan atau pertimbangtelitian, atau keputusan Suruhanjaya apabila perkara itu dibincangkan atau ditimbangtelitikan, atau diputuskan; dan

(b)

tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum

Suruhanjaya apabila perkara itu dibincangkan atau ditimbangtelitikan, atau diputuskan.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 13

(3)

Bagi maksud seksyen ini—

“bersaudara”, berhubung dengan seseorang anggota Suruhanjaya, ertinya—

(a)

suami atau isteri atau bekas suami atau isteri anggota

Suruhanjaya itu;

(b)

saudara lelaki atau perempuan anggota Suruhanjaya itu;

(c)

saudara lelaki atau perempuan kepada suami atau isteri atau bekas suami atau isteri anggota Suruhanjaya itu;

(d)

orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan anggota Suruhanjaya itu;

(e)

orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan suami atau isteri atau bekas suami atau isteri anggota Suruhanjaya itu;

(f)

suami atau isteri atau bekas suami atau isteri mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (b), (c), (d) atau

(e)

;

(g)

orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan (b), (c) atau

(f)

;

(h)

bapa saudara, ibu saudara atau sepupu kepada anggota

Suruhanjaya itu, atau bapa saudara, ibu saudara atau sepupu kepada suami atau isteri atau bekas suami atau isteri anggota Suruhanjaya itu; atau

(i)

orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah kepada orang yang disebut dalam perenggan (h);

“berkaitan”, berhubung dengan seseorang anggota Suruhanjaya, ertinya—

(a)

seseorang yang merupakan penama anggota Suruhanjaya itu;

(b)

pekongsi anggota Suruhanjaya itu;

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 695

(c)

bekas pekongsi anggota Suruhanjaya itu;

(d)

suami atau isteri kepada pekongsi atau bekas pekongsi anggota Suruhanjaya itu;

(e)

bekas suami atau isteri kepada pekongsi atau bekas suami atau isteri kepada bekas pekongsi anggota Suruhanjaya itu;

(f)

seseorang yang menjalankan amalan dalam suatu firma yang dalamnya anggota Suruhanjaya itu atau penamanya—

(i)

menjadi pekongsi;

(ii)

menjadi orang yang bertanggungjawab bagi atau mengawal perniagaannya atau hal ehwalnya;

(iii)

menjadi perunding; atau

(iv)

diambil bekerja;

(g)

seseorang yang merupakan pengarah mana-mana perbadanan yang dalamnya anggota Suruhanjaya itu atau penamanya—

(i)

menjadi pengarah; atau

(ii)

bertanggungjawab bagi atau mengawal perniagaannya atau hal ehwalnya atau mempunyai kepentingan mengawal atau syer yang nilainya berjumlah tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada modal terbitan keseluruhan perbadanan itu; atau

(h)

pemegang amanah sesuatu amanah yang anggota Suruhanjaya itu atau keluarga anggota itu merupakan benefisiari.

(4)

Mana-mana anggota Suruhanjaya yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 15

Perlindungan daripada liabiliti persendirian

Section 11 — AKTA SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN 2009