Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993

Seksyen 12

Meterai perbadanan

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Suruhanjaya, suatu cap yang mengandungi perkataan “Suruhanjaya Sekuriti Malaysia” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan

Suruhanjaya.

(3)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh

Suruhanjaya, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, dan disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Suruhanjaya mengikut cara yang serupa, dan

30

Undang-Undang Malaysia mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Suruhanjaya oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat

Suruhanjaya yang diberi kuasa secara am atau khusus oleh

Suruhanjaya bagi maksud itu.

(4)

Meterai perbadanan

Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan kehakiman bagi semua maksud rasmi.

Pendedahan kepentingan

Section 12 — AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 | mylaw.my