Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(2)
(Dipotong oleh Akta A926).
(3)
Sesuatu pendedahan di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga atau jawatankuasa Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan, selepas pendedahan itu, anggota itu—
(a)
tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(b)
hendaklah tidak diambil kira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga atau jawatankuasa Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan., berhubungan dengan perkara itu.
(4)
Mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa Lembaga yang tidak mendedahkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 31
dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(5)
Tiada tindakan atau prosiding Lembaga atau jawatankuasa
Lembaga boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa telah melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini.
(6)
(Dipotong oleh Akta A926).
Minit