Malaysia legislation

Section 2D

of *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993

Seksyen 2D

Daftar

(2)

Mana-mana orang boleh, apabila membayar fi yang ditetapkan—

(a)

memeriksa apa-apa prospektus atau surat ikatan yang berhubungan dengan suatu skim amanah saham atau skim pelaburan yang ditetapkan yang diserah simpan dengan

Suruhanjaya; atau

(b)

menghendaki suatu salinan atau cabutan daripada mana-mana dokumen yang berhak diperiksa olehnya menurut perenggan (a).

(3)

Jika suatu pembuatan semula atau transparensi suatu dokumen dikemukakan untuk pemeriksaan, seseorang tidak berhak menurut perenggan (2)(a) untuk menghendaki supaya dikemukakan dokumen asal.

(4)

Sebutan dalam perenggan (2)(b) mengenai suatu dokumen termasuklah, jika pembuatan semula atau transparensi dokumen itu

20

Undang-Undang Malaysia dimasukkan dalam daftar yang disimpan oleh Suruhanjaya, sebutan mengenai pembuatan semula atau transparensi itu dan jika pembuatan semula atau transparensi itu dimasukkan sedemikian, seseorang tidak berhak menurut perenggan itu untuk mendapatkan suatu salinan atau cabutan daripada dokumen asal itu.

(5)

Suatu salinan atau cabutan daripada mana-mana dokumen, termasuk suatu salinan yang dihasilkan dalam bentuk mikrofilem, yang diserah simpan dengan Suruhanjaya dan diperakui sebagai suatu salinan atau cabutan benar oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya hendaklah diterima sebagai keterangan yang sama kesahannya dengan dokumen asal dalam mana-mana prosiding.

(6)

Sebutan dalam subseksyen (5) mengenai suatu dokumen termasuklah, jika suatu pembuatan semula atau transparensi dokumen itu dimasukkan dalam daftar yang disimpan oleh Suruhanjaya, sebutan mengenai pembuatan semula atau transparensi itu.

Pemfailan buku secara elektronik

Section 2D — AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 | mylaw.my