Malaysia legislation

Section 2E

of *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993

Seksyen 2E

(2)

Seseorang yang berniat untuk menggunakan perkhidmatan yang diadakan di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi pelanggan perkhidmatan itu dengan membayar fi yang ditetapkan, jika ada, dan dengan mematuhi apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(3)

Hanya seorang pelanggan kepada perkhidmatan yang diadakan di bawah subseksyen (1) atau mana-mana orang lain yang dibenarkan oleh Suruhanjaya boleh memfailkan atau menyerah simpan buku dengan Suruhanjaya atau menyerahkan buku kepada Suruhanjaya, secara elektronik.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 21

(4)

Sesuatu buku yang difailkan, diserah simpan atau diserahkan secara elektronik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan telah mematuhi kehendak pemfailan, penyerahsimpanan atau penyerahan jika buku itu disampaikan atau dihantar kepada Suruhanjaya mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(5)

Suruhanjaya boleh menentukan buku yang boleh difailkan, diserah simpan atau diserahkan secara elektronik.

(6)

Sesuatu buku yang dikehendaki supaya disetemkan, ditandatangani atau dimeterai hendaklah, sekiranya buku itu hendak difailkan, diserah simpan atau diserahkan secara elektronik, diperakui atau disahkan mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(7)

Suatu salinan atau cabutan daripada mana-mana buku yang difailkan atau diserah simpan dengan Suruhanjaya atau diserahkan kepada Suruhanjaya, secara elektronik di bawah subseksyen

(1)

, yang diberikan atau dikeluarkan oleh

Suruhanjaya dan diperakui sebagai suatu salinan atau cabutan benar oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh

Suruhanjaya, hendaklah diterima sebagai keterangan yang sama kesahannya dengan buku asal dalam mana-mana prosiding.

(8)

Jika sesuatu buku difailkan atau diserah simpan dengan

Suruhanjaya atau diserahkan kepada Suruhanjaya, secara elektronik, Suruhanjaya atau ejennya yang diberi kuasa tidak boleh dipertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang dialami mana-mana orang yang disebabkan oleh apa-apa kesilapan atau ketinggalan, walau apa jenis sekalipun atau walau bagaimana terjadi sekalipun, yang terdapat dalam apa buku yang diperoleh oleh mana-mana orang daripada perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (1) sekiranya kesilapan atau ketinggalan itu dibuat dengan suci hati dan dalam perjalanan biasa pelaksanaan tugas Suruhanjaya atau ejennya yang diberi kuasa atau tetap atau timbul disebabkan oleh perkhidmatan yang tergendala atau terganggu atau peralatan yang digunakan dan perkhidmatan itu yang cacat atau rosak.

22

Undang-Undang Malaysia

Kuasa Suruhanjaya untuk menentukan bentuk dan cara menyimpan atau menyenggara buku-buku

Section 2E — AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 | mylaw.my