Malaysia legislation

Section 2G

of *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993

Seksyen 2G

(a)

untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku yang dikehendaki di bawah mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti untuk disimpan atau disenggara; atau

(b)

untuk menghendaki mana-mana orang, atau jika mana-mana orang yang dikehendaki di bawah undang-undang sekuriti, untuk mengemukakan apa-apa maklumat, dokumen atau buku,

Suruhanjaya hendaklah mempunyai akses bagi apa-apa maklumat, dokumen atau buku itu dan boleh—

(A)

menghendaki bahawa apa-apa maklumat, dokumen atau buku itu dikemukakan dalam apa-apa tempoh, mengikut apa-apa cara, dalam apa-apa bentuk, dan secara bertulis atau dengan menggunakan apa-apa rakaman visual sama

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 23

ada imej pegun atau bergerak, atau rakaman bunyi, atau apa-apa rakaman elektronik, magnetik, mekanikal atau rakaman lain sekalipun, atas apa-apa bahan, material, benda atau artikel, sebagaimana yang dinyatakan oleh

Suruhanjaya dalam spesifikasinya;

(B)

mendapatkan pembuatan semula yang jelas secara bertulis; atau

(C)

menyalin atau memindahkannya kepada suatu alat penyimpanan atau rakaman.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, Suruhanjaya boleh menghendaki mana-mana orang yang terlibat dalam penyusunan buku itu, atau dalam penyimpanan atau rakaman buku itu dalam suatu alat penyimpanan atau rakaman, untuk membuat suatu kenyataan yang memberikan penerangan tentang bagaimana untuk mendapatkan akses kepada buku itu.

Kuasa Suruhanjaya untuk menghendaki supaya dikemukakan, dsb. buku yang disimpan atau disenggara selain secara bertulis

Section 2G — AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 | mylaw.my