Malaysia legislation

Section 2F

of *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993

Seksyen 2F

(1)

Jika di bawah mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti mana-mana orang dikehendaki, atau kuasa diberikan kepada

Suruhanjaya untuk menghendaki mana-mana orang, untuk menyimpan atau menyenggara apa-apa buku, Suruhanjaya boleh menentukan bentuk dan cara buku itu disimpan atau disenggara.

(2)

Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengambil segala langkah pencegahan yang munasabah, termasuk apa-apa langkah pencegahan yang ditentukan oleh Suruhanjaya, untuk mencegah kerosakan kepada, atau pemusnahan atau pemalsuan, buku itu.

Kuasa Suruhanjaya untuk mengakses buku yang disimpan atau disenggara selain secara bertulis

Section 2F — AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 | mylaw.my