Malaysia legislation

Section 31A

of *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993

Seksyen 31A

Dalam Bahagian ini—

44

Undang-Undang Malaysia

“Institut Akauntan Malaysia” ertinya Institut Akauntan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Akauntan 1967 [Akta 94];

“juruaudit” ertinya seorang juruaudit perseorangan atau firma audit berdaftar atau diiktirafkan di bawah seksyen 31O sebagai juruaudit berdaftar atau juruaudit yang diiktiraf suatu entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual;

“juruaudit berdaftar” ertinya seorang juruaudit atau firma audit berdaftar di bawah seksyen 31O sebagai juruaudit suatu entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual;

“juruaudit yang diiktiraf” ertinya seorang juruaudit perseorangan asing atau firma audit asing diiktirafkan di bawah seksyen 31O sebagai juruaudit suatu entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual;

“Pegawai Pemeriksa” ertinya seseorang yang diberi kuasa oleh

Lembaga Pemantauan Audit untuk menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen 31V;

“Pegawai Penyiasat” ertinya seseorang yang diberi kuasa oleh

Lembaga Pemantauan Audit untuk menjalankan siasatan di bawah seksyen 31W;

“pengerusi eksekutif” merujuk kepada pengerusi eksekutif Lembaga

Pemantauan Audit yang dilantik di bawah seksyen 31c;

“pihak berkuasa asing yang berkaitan” ertinya suatu pihak berkuasa asing yang menjalankan fungsi yang bersamaan dengan

Lembaga Pemantauan Audit seperti yang ditetapkan dalam seksyen 31B;

“pihak berkuasa berkaitan” termasuklah Bank Negara Malaysia,

Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Institut Akauntan Malaysia dan mana-mana pihak berkuasa lain yang ditentukan oleh Menteri.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 45

Section 31A — AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 | mylaw.my