Malaysia legislation
Section 31B
Seksyen 31B
Fungsi Suruhanjaya bagi maksud Bahagian IIIA adalah yang berikut:
(a)
menggalakkan dan membangunkan kerangka kerja pemantauan audit yang berkesan dan teguh di Malaysia;
(b)
menggalakkan keyakinan terhadap kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit di
Malaysia;
(c)
mengawal selia juruaudit entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual; dan
(d)
untuk menjalankan pemantauan ke atas mana-mana orang yang menyediakan laporan berhubung dengan maklumat kewangan entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual, berhubung dengan aktiviti pasaran modal, sebagaimana yang dikehendaki untuk disediakan di bawah undang-undang sekuriti atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.
Penubuhan Lembaga Pemantauan Audit