Malaysia legislation
Section 31C
Seksyen 31C
(2)
Lembaga Pemantauan Audit hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Lembaga:
(a)
seorang pengerusi eksekutif; dan 46
Undang-Undang Malaysia
(b)
enam anggota bukan eksekutif.
(3)
Bagi maksud subseksyen (2), anggota yang dilantik oleh
Lembaga—
(a)
mesti mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kewangan, perniagaan, atau dalam apa-apa disiplin lain yang berkaitan;
(b)
mesti merupakan individu yang mempunyai integriti dan reputasi yang telah menunjukkan komitmen terhadap kepentingan pelabur; dan
(c)
mesti memahami tanggungjawab bagi dan sifat penzahiran kewangan sebagaimana yang dikehendaki oleh entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual.
(4)
Pengerusi eksekutif tidak boleh—
(a)
diambil kerja oleh mana-mana orang lain atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti profesional atau perniagaan yang lain;
(b)
menjadi pengarah atau pemegang syer mengawal mana-mana entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual, perbadanan berkaitannya atau syarikat bersekutunya;
(c)
mempunyai apa-apa bahagian dalam apa-apa keuntungan sesuatu firma perakauanan atau pengauditan; dan
(d)
menerima bayaran daripada mana-mana firma perakaunan atau pengauditan atau daripada mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya, selain bayaran tetap yang berterusan di bawah perkiraan lazim bagi persaraan daripada sesuatu firma perakaunan atau pengauditan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh
Suruhanjaya.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 47
(5)
Dalam seksyen ini, “pemegang syer mengawal” ertinya seseorang yang—
(a)
berhak untuk menjalankan, atau mengawal penjalanan, tidak kurang daripada lima belas peratus undi yang berkaitan dengan syer mengundi dalam sesuatu syarikat;
(b)
mempunyai kuasa untuk melantik atau menyebabkan dilantik bilangan majoriti pengarah sesuatu syarikat; atau
(c)
mempunyai kuasa untuk membuat atau menyebabkan dibuat, keputusan berkenaan dengan urusan atau pentadbiran sesuatu syarikat, dan untuk melaksanakan keputusan itu atau menyebabkan keputusan itu dilaksanakan.
(6)
Pada setiap masa, tidak lebih daripada dua anggota bukan eksekutif Lembaga Pemantauan Audit hendaklah merupakan anggota
Institut Akauntan Malaysia yang didaftarkan di bawah Akta Akauntan 1967 sebagai akauntan bertauliah, akaun berlesen atau anggota bersekutu.
(7)
Pengerusi eksekutif hendaklah diamanahkan dengan pengurusan hari ke hari Lembaga Pemantauan Audit.
Pemakaian Jadual 2