Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993

Seksyen 3

Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama “Suruhanjaya Sekuriti Malaysia” yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan yang boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Suruhanjaya, mengikut apa-apa terma yang difikirkannya patut.

Section 3 — AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 | mylaw.my