Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Lembaga Suruhanjaya
(2)
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
(a)
seorang Pengerusi;
(b)
seorang Timbalan Ketua Eksekutif; dan
(c)
tujuh orang anggota yang lain, yang boleh termasuk orang yang mewakili kerajaan dan sektor swasta.
(3)
Lembaga hendaklah—
(a)
bertanggungjawab untuk memantau keseluruhan tadbir urus Suruhanjaya;
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 25
(b)
bertanggungjawab untuk mengkaji semula dan meluluskan perancangan strategik dan bajet Suruhanjaya;
(c)
bertanggungjawab untuk mengkaji semula dan menerima pakai sistem dan kawalan yang sesuai untuk menguruskan risiko perusahaan Suruhanjaya;
(d)
mempunyai pengawasan ke atas hal ehwal dan urusan
Suruhanjaya dan sentiasa mengkaji semula prestasi
Suruhanjaya dalam melaksanakan matlamatnya, menjalankan fungsinya dan menggunakan sumber kewangan Suruhanjaya; dan
(e)
bertanggungjawab bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang sekuriti.
(4)
Seseorang anggota Lembaga hendaklah pada setiap masa bertindak secara jujur dan demi kepentingan Suruhanjaya dan menggunakan usaha yang munasabah dalam menunaikan fungsinya.
(5)
Seseorang anggota Lembaga tidak boleh menyalahgunakan apa-apa maklumat yang diperoleh atau menggunakan apa-apa pengaruh yang tidak wajar oleh sebab kedudukannya untuk mendapat, secara langsung atau tidak langsung, suatu kelebihan bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain.
Pelantikan anggota Lembaga