Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Wakil organisasi pengganti atau yang dinamakan semula
(1)
Jika seseorang anggota Lembaga ialah wakil sesuatu
Kementerian, jabatan atau organisasi dan Kementerian, jabatan atau organisasi itu telah dinamakan semula, atau jika fungsi
Kementerian, jabatan atau organisasi telah diambil alih oleh
Kementerian, jabatan atau organisasi lain, wakil itu hendaklah dinamakan oleh Kementerian, jabatan atau organisasi yang mengambil alih fungsi tersebut.
(2)
Jika seseorang telah dilantik menjadi anggota Lembaga bagi mewakili penyedia latihan kemahiran, orang itu hendaklah kekal sebagai anggota Lembaga sehingga tamat tempoh pelantikannya atau sehingga pelantikannya dibatalkan oleh Menteri, mengikut mana-mana yang terdahulu, walaupun dia bukan lagi penyedia latihan kemahiran atau terlibat dalam latihan kemahiran.