Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Anggota silih ganti
(1)
Menteri boleh melantik seorang anggota silih ganti berkenaan dengan setiap anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 16(2)(f) dan (g) untuk menghadiri mesyuarat Lembaga sebagai ganti anggota itu bila anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.
(2)
Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga sebagai ganti seseorang anggota, seorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Lembaga.
(3)
Anggota silih ganti hendaklah terhenti menjadi anggota sedemikian jika anggota yang ianya sebagai anggota silih ganti berhenti menjadi anggota.
Tabung Pembangunan Kemahiran 21
Elaun atau bayaran balik 20.
Maka bolehlah dibayar kepada tiap-tiap anggota Lembaga yang bukan pekerja Perbadanan apa-apa elaun atau bayaran balik daripada Kumpulan Wang pada kadar atau kadar-kadar sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.