Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Pewakilan fungsi
(1)
Lembaga boleh mewakilkan kepada sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 21 mana-mana fungsi dan kuasa
Perbadanan yang disifatkannya perlu atau wajar, kecuali kuasa untuk membuat peraturan-peraturan.
(2)
Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini—
(a)
boleh diwakilkan sedemikian tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh
Lembaga sama ada secara am atau secara khusus; dan
(b)
hendaklah dilaksanakan atau dijalankan oleh jawatankuasa itu atas nama dan bagi pihak Lembaga.
(3)
Pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Lembaga itu sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan itu.