Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
Pelantikan pegawai dan pekhidmat Perbadanan
(1)
Perbadanan, boleh melantik atau mengambil kerja apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat untuk membantu Perbadanan menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
(2)
Tertakluk kepada perenggan 9(2)(e) dan seksyen 28 dan 29,
Perbadanan, dengan kelulusan Menteri, boleh menentukan terma dan syarat-syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.
Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan 28.
Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat-syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.
26
Undang-Undang Malaysia
Bayaran faedah persaraan, gratuiti dan elaun lain 29.
Perbadanan boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepada pegawai dan pekhidmatnya serta orang tanggungan mereka apa-apa faedah persaraan, gratuiti dan elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Kelulusan terlebih dahulu Perbendaharaan, Jabatan
Perkhidmatan Awam, dsb., hendaklah diperoleh 30.
Walau apa pun peruntukan perenggan 9(2)(e) dan seksyen 28
dan 29, Perbadanan tidak boleh, tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu Perbendaharaan, Jabatan Perkhidmatan Awam atau pihak berkuasa lain yang berkenaan—
(a)
mewujudkan atau mengubah suai apa-apa jawatan atau skim perkhidmatan untuk pegawai dan pekhidmat
Perbadanan, termasuk terma dan syarat perkhidmatan dan gaji; atau
(b)
membuat perkiraan berkenaan dengan—
(i)
apa-apa skim pencen, faedah persaraan, gratuiti dan apa-apa skim yang berhubungan dengan elaun dan saraan lain; dan
(ii)
kemudahan pinjaman dan pendahuluan.
Pelantikan ejen, perunding, dsb.