Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
Pendaftaran penyedia latihan kemahiran
(1)
Tiada penyedia latihan kemahiran boleh memohon kemudahan pinjaman latihan kemahiran kecuali—
(a)
ia telah berdaftar di bawah Bahagian ini; dan
(b)
ia menjalankan program latihan kemahiran yang didaftarkan di bawah Bahagian VII.
(2)
Penyedia latihan kemahiran tidak boleh didaftarkan di bawah
Bahagian ini kecuali—
(a)
ia telah ditauliahkan oleh Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan; dan
(b)
ia menjalankan program latihan yang diluluskan.
(3)
Permohonan untuk pendaftaran hendaklah dikemukakan oleh penyedia latihan kemahiran dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(4)
Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan—
(a)
apa-apa fi sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan;
dan
(b)
apa-apa dokumen dan maklumat bagi maksud memutuskan permohonan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Eksekutif.
(5)
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan pendaftaran dan sebelum memutuskannya, Ketua Eksekutif boleh melalui notis bertulis menghendaki penyedia latihan kemahiran memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditentukan.
(6)
Jika dokumen-dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (5) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang ditentukan atau apa-apa perlanjutan tempoh sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Eksekutif, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak diteruskan, tetapi suatu permohonan baru boleh dibuat oleh pemohon.
28
Undang-Undang Malaysia
(7)
Ketua Eksekutif atau mana-mana pegawai Perbadanan boleh pada bila-bila masa memeriksa premis penyedia latihan kemahiran itu untuk menentusahkan kesahihan permohonan itu.
(8)
Permohonan pendaftaran boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak.
(9)
Ketua Eksekutif hendaklah mengemukakan permohonan bersama laporannya tentang permohonan itu kepada Perbadanan.
Kuasa untuk meluluskan atau menolak permohonan bagi pendaftaran 34.
Perbadanan boleh, selepas menimbangkan laporan Ketua
Eksekutif—
(a)
mendaftarkan penyedia latihan kemahiran itu; atau
(b)
menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
Penolakan permohonan bagi pendaftaran 35.
Permohonan bagi pendaftaran oleh mana-mana orang di bawah seksyen 33 boleh ditolak atas mana-mana atau kesemua alasan yang berikut:
(a)
bahawa pemohon tidak menjalankan suatu program latihan yang diluluskan oleh Perbadanan;
(b)
bahawa pemohon tidak mematuhi peruntukan-peruntukan
Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini berhubung dengan permohonan yang berkenaan;
dan
(c)
bahawa pemohon telah memberikan apa-apa maklumat yang diketahuinya palsu atau yang dia percaya adalah tidak benar, atau telah dengan sengaja menyembunyikan apa-apa fakta yang material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan.