Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
Kuasa untuk menggantung atau membatalkan pendaftaran penyedia latihan kemahiran
(1)
Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, menggantung atau membatalkan pendaftaran penyedia latihan kemahiran di bawah seksyen 33 jika—
(a)
penyedia latihan kemahiran itu telah ditamatkan pentauliahannya oleh Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan;
(b)
tiada program latihan kemahiran yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu yang ditauliahkan oleh
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan;
(c)
penyedia latihan kemahiran itu telah melanggar apa-apa syarat yang dikenakan di bawah seksyen 34; atau
(d)
penyedia latihan kemahiran itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini.
(2)
Notis bertulis mengenai niat untuk menggantung atau membatalkan pendaftaran sesuatu penyedia latihan kemahiran yang telah didaftarkan di bawah seksyen 34 hendaklah disampaikan kepada penyedia latihan kemahiran itu dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi penggantungan atau pembatalan itu.
30
Undang-Undang Malaysia
(3)
Penyedia latihan kemahiran yang dirujuk dalam subseksyen
(2)
hendaklah diberi peluang yang munasabah untuk didengar sebelum sesuatu pendaftaran itu digantung atau dibatalkan.
Orang ramai diberitahu mengenai pembatalan pendaftaran penyedia latihan kemahiran 38.
Ketua Eksekutif hendaklah menyebabkan fakta pembatalan pendaftaran mana-mana penyedia latihan kemahiran disiarkan untuk makluman orang ramai.
Kuasa untuk mengenakan syarat 39.
Perbadanan boleh, pada bila-bila masa atau selepas pendaftaran suatu penyedia latihan kemahiran itu di bawah seksyen 34, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang disifatkannya perlu atau munasabah dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan apa-apa syarat atau mengenakan syarat baru atau menambahkan syarat dari semasa ke semasa.
Daftar 40.
Ketua Eksekutif hendaklah menyebabkan supaya disimpan suatu daftar penyedia latihan kemahiran yang didaftarkan di bawah seksyen 34 dan daftar tersebut hendaklah mengandungi semua butir yang berhubungan dengan penyedia-penyedia latihan kemahiran yang dikemukakan di dalam permohonan-permohonan mereka dan program-program latihan yang dijalankan oleh mereka.
Rayuan 41.
Mana-mana orang yang terkilan dengan—
(a)
keengganan Perbadanan di bawah seksyen 34 untuk mendaftarkan sesuatu penyedia latihan kemahiran; atau
(b)
pengantungan atau pembatalan pendaftaran penyedia latihan kemahiran di bawah seksyen 37, boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis tentang keengganan atau penggantungan atau pembatalan itu disampaikan kepada penyedia latihan kemahiran itu.
Tabung Pembangunan Kemahiran 31