Malaysia legislation

Section 54

of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2004

Seksyen 54

Kewajipan untuk menyenggara rekod pinjaman latihan kemahiran

(1)

Perbadanan hendaklah menyebabkan supaya disenggarakan suatu rekod mengenai semua pinjaman latihan kemahiran yang dibayar daripada Kumpulan Wang dan bayaran baliknya.

(2)

Rekod yang disimpan dan disenggarakan di bawah subseksyen

(1)

hendaklah termasuk—

(a)

butir-butir tentang tiap-tiap penerima pinjaman, termasuk nama, nombor kad pengenalan, dan alamatnya;

(b)

amaun pinjaman latihan kemahiran, jadual pembayaran baliknya, amaun setiap bayaran balik yang dikehendaki dibuat, tarikh permulaan pembayaran balik, dan rekod pembayaran balik;

(c)

nama penyedia latihan kemahiran di mana penerima pinjaman menerima latihannya, program latihan yang diluluskan yang di bawahnya penerima pinjaman menerima latihan, tempoh latihan dan tarikh tamat latihan yang dijangkakan; dan

(d)

apa-apa butiran lain yang disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini.

Section 54 — AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2004