Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Meterai Perbadanan
(1)
Meterai Perbadanan bagi Perbadanan hendaklah mengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh Perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.
(2)
Meterai Perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Ketua Eksekutif dan hendaklah disahkan olehnya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Perbadanan secara bertulis.
(3)
Segala surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang bermaksud sebagai dimeteraikan dengan meterai Perbadanan itu dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah, sehingga dibuktikan sebaliknya.
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Perbadanan, dan apa-apa dokumen atau surat cara sedemikian boleh disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh seorang pegawai atau perkhidmat Perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Perbadanan bagi maksud itu.
(5)
Meterai Perbadanan bagi Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Tabung Pembangunan Kemahiran 15
Fungsi Perbadanan 8.
Fungsi Perbadanan ialah—
(a)
mengenal pasti dan meluluskan program latihan kemahiran yang layak bagi pinjaman latihan kemahiran;
(b)
mengadakan dan memberikan pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan selain pinjaman latihan kemahiran kepada pelatih, dan memberikan perkhidmatan dalam mentadbir, mengawas dan memungut pembayaran balik pinjaman; dan
(c)
melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada
Perbadanan oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang bertulis lain.