Malaysia legislation
Section 82
Seksyen 82
Pengkompaunan kesalahan
(1)
Ketua Eksekutif boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa
Raya, mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah seksyen 72, 73, perenggan 75(a), seksyen 77 atau 78 Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaunkan dengan membuat tawaran bertulis kepada orang yang telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Perbadanan suatu amaun wang yang tidak melebihi dua puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
(2)
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Eksekutif, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(3)
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat dan apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan kepada
48
Undang-Undang Malaysia
Perbadanan, sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Eksekutif, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
(4)
Semua jumlah wang yang diterima oleh Perbadanan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.
Pemulaan pendakwaan