Malaysia legislation

Section 85

of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2004

Seksyen 85

Kuasa Menteri untuk mengecualikan

(1)

Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut untuk dikenakan—

(a)

mana-mana orang atau golongan orang; atau

Tabung Pembangunan Kemahiran 49

(b)

mana-mana penyedia latihan kemahiran, daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika Menteri berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi patut diberikan.

Perlindungan daripada liabiliti diri

Section 85 — AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2004