Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(a)
jika dia dapati bahawa ada bahaya atau risiko bahaya kepada orang dalam mana-mana premis taman asuhan kanak-kanak berdaftar; atau
(b)
jika, berhubungan dengan mana-mana premis itu sesuatu arahan yang diberi di bawah seksyen 15 tidak dipatuhi dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam notis yang disampaikan di bawahnya, melalui perintah secara bertulis mengarahkan bahawa premis itu hendaklah berhenti digunakan sebagai taman asuhan kanak-kanak selama tempoh yang difikirkannya patut atau sehingga diberitahu selanjutnya.
(2)
Apa-apa perintah di bawah seksyen ini hendaklah disampaikan terhadap orang yang didaftarkan berhubungan dengan taman asuhan kanak-kanak, dan hendaklah berkuat kuasa mulai dari tarikh penyampaian notis itu.
(3)
Apa-apa perintah yang disampaikan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi penyampaian yang memadai jika—
(a)
ianya dihantar serah sendiri kepada orang yang kepadanya ianya disampaikan;
Taman Asuhan Kanak-Kanak 15
(b)
ianya dihantar melalui pos berdaftar ke alamat orang itu yang akhir diketahui; atau
(c)
satu salinannya ditampalkan di suatu tempat yang mudah dilihat atau di premis yang dimaksudkannya itu.