Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984

Seksyen 17

Mana-mana orang yang—

(a)

menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan sesuatu taman asuhan kanak-kanak dalam mana-mana premis selain daripada premis yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran taman asuhan kanak-kanak;

(b)

dalam atau berhubungan dengan apa-apa permohonan di bawah Akta ini membuat suatu pernyataan atau memberi maklumat, sama ada kenyataan itu kenyataan lisan atau bertulis, yang palsu mengenai apa-apa butir material dan yang dia tahu atau semunasabahnya patut tahu adalah palsu mengenai butir itu;

(c)

menghalang Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa dalam menjalankan apa-apa kuasanya di bawah Akta ini;

(d)

enggan mengemukakan apa-apa buku, dokumen atau barang lain apabila dikehendaki berbuat demikian di bawah seksyen 20, atau, apabila dikehendaki sedemikian, memberi maklumat yang palsu mengenai butir material dan yang dia tahu atau semunasabahnya patut tahu adalah palsu mengenai butir itu;

(e)

menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan taman asuhan kanak-kanak yang dijalankan

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 308

dengan apa jua nama lain daripada nama ianya didaftarkan;

(f)

gagal mematuhi sesuatu perintah yang disampaikan kepadanya di bawah seksyen 16;

(g)

gagal memberitahu Ketua Pengarah tentang apa-apa perubahan yang berlaku dalam apa-apa hal keadaan yang butir-butirnya dinyatakan dalam perakuan itu mengikut subseksyen 11(4);

(h)

gagal menyebabkan suatu salinan perakuan pendaftaran itu dipamerkan mengikut subseksyen 11(5); atau

(i)

gagal menyerahkan perakuan pendaftaran itu apabila berhenti mengendalikan suatu taman asuhan kanak-kanak mengikut subseksyen 11(6), bersalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, dsb.

Section 17 — AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 | mylaw.my