Malaysia legislation
Section 17A
Seksyen 17A
Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(a)
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang merupakan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu pada masa kesalahan itu dilakukan;
(b)
dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu pada masa kesalahan itu dilakukan; atau
(c)
dalam hal suatu pertubuhan, tiap-tiap pemegang jawatan pertubuhan itu pada masa kesalahan itu dilakukan,
Taman Asuhan Kanak-Kanak 17
boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama sebagaimana pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu dan hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah atau bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah kesalahan itu dilakukan.
Anggapan