Malaysia legislation

Section 11

of AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Seksyen 11

Penyerahan balik lesen

(1)

Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh menyerahkan balik lesennya dengan mengemukakan lesen itu kepada

Suruhanjaya berserta dengan suatu notis bertulis mengenai penyerahan baliknya.

(2)

Penyerahan balik itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh Suruhanjaya menerima lesen itu dan notis di bawah subseksyen

(1)

, atau jika suatu tarikh yang lebih lewat dinyatakan dalam notis itu, pada tarikh itu.

(3)

Pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah, tidak lewat dari empat belas hari selepas tarikh yang disebut dalam subseksyen (2), menyebabkan supaya penyerahan balik itu disiarkan dalam rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan pihak berkuasa pemerakuan yang berkenaan dan diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian kebangsaan bahasa kebangsaan dan satu akhbar harian kebangsaan bahasa Inggeris selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Section 11 — AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997 | mylaw.my