Malaysia legislation

Section 12

of AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Seksyen 12

Kesan pembatalan, penyerahan balik atau habisnya tempoh lesen

(1)

Jika pembatalan sesuatu lesen di bawah seksyen 9 atau penyerahan baliknya di bawah seksyen 11 telah mula berkuat kuasa, atau jika lesen itu telah habisnya tempoh, maka pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah dengan serta-merta berhenti menjalankan atau mengendalikan apa-apa perniagaan yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberikan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, atas syor

Suruhanjaya, membenarkan secara bertulis pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu menjalankan perniagaannya selama suatu jangka masa sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalam kebenaran itu bagi maksud penggulungan hal-ehwalnya.

22

Undang-Undang Malaysia

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang lesennya telah habisnya tempoh berhak menjalankan perniagaannya seolah-olah lesennya tidak habisnya tempoh apabila bukti dikemukakan kepada Suruhanjaya bahawa pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah memohon bagi pembaharuan lesen itu dan bahawa permohonan itu sedang menunggu penentuan.

(4)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan boleh sebagai tambahan didenda harian tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

(5)

Tanpa menjejaskan kuasa Suruhanjaya di bawah seksyen 33, pembatalan lesen di bawah seksyen 9 atau penyerahan baliknya di bawah seksyen 11 atau habisnya tempohnya tidak boleh menyentuh kesahan atau kesan mana-mana perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berkenaan sebelum pembatalan, penyerahan balik atau habisnya tempoh itu.

(6)

Bagi maksud subseksyen (5), Suruhanjaya hendaklah melantik suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen lain untuk mengambil alih perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan yang lesennya telah dibatalkan atau diserahkan balik atau telah habisnya tempoh dan perakuan sedemikian hendaklah, setakat yang ia mematuhi kehendak pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang dilantik, disifatkan sebagai dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu.

(7)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (6) boleh menghalang pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang dilantik daripada menghendaki pelanggan itu mematuhi kehendaknya berhubung dengan pengeluaran perakuan atau daripada mengeluarkan suatu perakuan baru kepada pelanggan itu bagi tempoh yang belum habis perakuan asal dengan syarat bahawa apa-apa fi atau caj tambahan yang hendak dikenakan hendaklah hanya dikenakan dengan kebenaran bertulis terdahulu Suruhanjaya.

(8)

Jika Suruhanjaya telah melantik suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen untuk mengambil alih perakuan sesuatu pihak berkuasa pemerakuan di bawah subseksyen (6), pihak berkuasa

Tandatangan Digital 23

pemerakuan itu hendaklah membayar kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang dilantik itu apa-apa bahagian fi yang ditetapkan yang dibayar oleh pelanggan kepadanya sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Section 12 — AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997 | mylaw.my