Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Tandatangan Digital 25
(1)
Tiap-tiap pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya dalam borang yang ditetapkan untuk pembaharuan lesennya sekurang-kurangnya tiga puluh, tetapi tidak lebih daripada enam puluh, hari sebelum tarikh habisnya tempoh lesen itu dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.
(2)
Fi yang ditetapkan hendaklah kena dibayar apabila permohonan itu diluluskan.
(3)
Jika mana-mana pihak berkuasa pemerakuan berlesen tidak mempunyai niat untuk memperbaharui lesennya, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah, sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum habisnya tempoh lesen itu, menyiarkan niat itu dalam rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan pihak berkuasa pemerakuan yang berkenaan dan mengiklankan niat itu dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian kebangsaan bahasa kebangsaan dan satu akhbar harian kebangsaan bahasa Inggeris selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
(4)
Tanpa menjejaskan apa-apa alasan lain, Suruhanjaya boleh enggan memperbaharui sesuatu lesen jika kehendak subseksyen
(1)
tidak dipatuhi.