Malaysia legislation

Section 16

of AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Seksyen 16

Kecuali dengan keizinan bertulis Suruhanjaya, tiada seorang pun, yang bukannya suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen, boleh memakai atau menggunakan ungkapan “pihak berkuasa pemerakuan” atau “pihak berkuasa pemerakuan berlesen”, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau apa-apa terbitan daripada ungkapan ini dalam apa-apa bahasa, atau apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan penjalanan atau pengendalian perniagaan sedemikian, berhubung dengan perniagaan atau mana-mana bahagian perniagaan yang dijalankan oleh orang itu, atau membuat apa-apa representasi yang bermaksud sedemikian dalam apa-apa kepala bil, surat, kertas, notis, iklan atau dengan apa-apa cara lain.

Section 16 — AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997 | mylaw.my