Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Pengiktirafan lesen lain
(1)
Suruhanjaya boleh mengiktiraf, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, pihak berkuasa pemerakuan yang dilesenkan atau yang diberi kuasa selainnya oleh entiti kerajaan di luar Malaysia yang memuaskan kehendak yang ditetapkan.
26
Undang-Undang Malaysia
(2)
Jika suatu lesen atau pemberikuasaan lain daripada sesuatu entiti kerajaan diiktiraf di bawah subseksyen (1),—
(a)
had pergantungan yang disyorkan, jika ada, yang dinyatakan dalam perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan yang dilesenkan atau yang diberi kuasa selainnya oleh entiti kerajaan itu hendaklah berkuat kuasa mengikut cara yang sama seperti had pergantungan yang disyorkan yang dinyatakan dalam perakuan yang dikeluarkan oleh suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen
Malaysia; dan
(b)
Bahagian V hendaklah terpakai bagi perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan yang dilesenkan atau yang diberi kuasa selainnya oleh entiti kerajaan itu mengikut cara yang sama seperti ia terpakai bagi perakuan yang dikeluarkan oleh suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen Malaysia.
Audit prestasi
*20. (1) Pengendalian sesuatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah diaudit sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk menilai pematuhannya dengan Akta ini.
(2)
Audit itu hendaklah dijalankan oleh seorang akauntan awam diperakui yang mempunyai kepakaran dalam keselamatan komputer atau oleh seorang ahli profesional keselamatan komputer bertauliah.
(3)
Kelayakan juruaudit dan tatacara bagi audit hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(4)
Suruhanjaya hendaklah menyiarkan dalam rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan yang disenggarakan olehnya bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang berkenaan tarikh dan keputusan audit itu.
*CATATAN—Bank Negara Malaysia dikecualikan daripada kehendak seksyen ini bagi maksud pelaksanaan Sistem Pemindahan Elektronik Masa Nyata bagi Dana dan Sekuriti atau juga dikenali sebagai “RENTAS”—lihat P.U. (A) 300/1999.
Tandatangan Digital 27