Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Pengecualian daripada audit prestasi
(1)
Suruhanjaya boleh mengecualikan sesuatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen daripada kehendak seksyen 20 jika—
(a)
pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu meminta secara bertulis untuk pengecualian;
(b)
audit prestasi terbaru, jika ada, ke atas pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu menghasilkan dapatan bahawa terdapat pematuhan penuh atau substansial dengan Akta ini; dan
(c)
pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu mengisytiharkan dengan terikat dengan sumpah atau ikrar bahawa satu atau lebih daripada yang berikut adalah benar berkenaan dengan pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu:
(i)
pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah mengeluarkan kurang daripada enam perakuan sepanjang tahun yang lalu itu dan jumlah had pergantungan yang disyorkan bagi semua perakuan itu tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit;
(ii)
hayat agregat semua perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu sepanjang tahun yang lalu itu adalah kurang daripada tiga puluh hari dan jumlah had pergantungan yang disyorkan bagi semua perakuan itu tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit;
(iii)
had pergantungan yang disyorkan bagi semua perakuan yang belum selesai dan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu berjumlah kurang daripada dua ribu lima ratus ringgit.
(2)
Jika pengisytiharan pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu di bawah perenggan (1)(c) menyatakan dengan palsu suatu fakta material, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah disifatkan sebagai tidak mematuhi kehendak audit prestasi di bawah seksyen 20.
28
Undang-Undang Malaysia
(3)
Jika suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen dikecualikan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah menyiarkan dalam rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan yang disenggarakan olehnya bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang berkenaan suatu pernyataan bahawa pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu dikecualikan daripada kehendak audit prestasi di bawah seksyen 20.