Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Aktiviti pihak berkuasa pemerakuan berlesen
(1)
Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah hanya menjalankan aktiviti yang dinyatakan dalam lesennya.
(2)
Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah menjalankan aktivitinya mengikut Akta ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Kehendak untuk mempamerkan lesen 23.
Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah pada setiap masa mempamerkan lesennya pada suatu tempat yang mudah dilihat di tempat perniagaannya.
Kehendak untuk mengemukakan maklumat dan butir-butir yang berhubungan dengan kendalian perniagaan
*24. (1) Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya apa-apa maklumat dan butir-butir termasuk pernyataan kewangan, kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian teraudit yang berhubungan dengan keseluruhan kendalian perniagaannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya dalam apa-apa tempoh yang ditentukannya.
*CATATAN—Bank Negara Malaysia dikecualikan daripada kehendak seksyen ini bagi maksud pelaksanaan Sistem Pemindahan Elektronik Masa Nyata bagi Dana dan Sekuriti atau juga dikenali sebagai “RENTAS”—lihat P.U. (A) 300/1999.
Tandatangan Digital 29
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan boleh sebagai tambahan didenda harian tidak melebihi dua ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
Pemberitahuan mengenai pertukaran maklumat
*25. (1) Tiap-tiap pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah, sebelum membuat apa-apa pindaan atau perubahan kepada mana-mana dokumen konstituennya, atau sebelum apa-apa pertukaran pengarah atau ketua pegawai eksekutifnya, memberi kepada
Suruhanjaya butir-butir secara bertulis mengenai apa-apa pindaan, perubahan atau pertukaran yang dicadangkan itu.
(2)
Tiap-tiap pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah dengan serta-merta memberitahu Suruhanjaya mengenai apa-apa pindaan atau perubahan kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang telah diberikan kepada Suruhanjaya berkaitan dengan lesen itu.
Kehendak tentang pengiklanan 26.
Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen tidak boleh menyiarkan, sama ada dalam akhbar, risalah atau selainnya, apa-apa iklan atau maklumat yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan perniagaan sesuatu pihak berkuasa pemerakuan tanpa memasukkan—
(a)
nombor lesen;
(b)
nama perniagaan yang di bawahnya ia menjalankan perniagaan itu dan alamat di mana perniagaan itu dijalankan;
dan
(c)
apa-apa butiran lain yang berhubungan dengan mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.
*CATATAN—Bank Negara Malaysia dikecualikan daripada kehendak seksyen ini bagi maksud pelaksanaan Sistem Pemindahan Elektronik Masa Nyata bagi Dana dan Sekuriti atau juga dikenali sebagai “RENTAS”—lihat P.U. (A) 300/1999.
30
Undang-Undang Malaysia