Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
Prasyarat kepada pengeluaran perakuan kepada pelanggan
(1)
Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh mengeluarkan perakuan kepada pelanggan hanya selepas semua syarat yang berikut dipuaskan:
(a)
pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah menerima permintaan untuk pengeluaran yang ditandatangani oleh pelanggan prospektif itu; dan
(b)
pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah mengesahkan bahawa—
(i)
pelanggan prospektif itu ialah orang yang hendak disenaraikan dalam perakuan yang hendak dikeluarkan;
(ii)
jika pelanggan prospektif itu bertindak melalui satu atau lebih ejen, pelanggan itu telah memberi kuasa ejen atau ejen-ejen itu dengan sewajarnya untuk mempunyai jagaan kunci persendirian pelanggan itu dan untuk meminta pengeluaran suatu perakuan yang menyenaraikan kunci awam yang berpadanan itu;
(iii)
maklumat dalam perakuan yang hendak dikeluarkan itu adalah tepat;
(iv)
pelanggan prospektif itu memegang kunci persendirian yang berpadanan dengan kunci awam yang hendak disenaraikan dalam perakuan itu secara sah;
(v)
pelanggan prospektif itu memegang kunci persendirian yang boleh menghasilkan suatu tandatangan digital; dan
(vi)
kunci awam yang hendak disenaraikan dalam perakuan itu boleh digunakan untuk mengesahbetulkan tandatangan digital yang ditambah oleh kunci persendirian yang dipegang oleh pelanggan prospektif itu.
(2)
Kehendak subseksyen (1) tidak boleh diketepikan atau ditolak oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen, pelanggan, atau kedua-duanya.
32
Undang-Undang Malaysia