Malaysia legislation

Section 30

of AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Seksyen 30

Penyiaran perakuan yang dikeluarkan dan diterima

(1)

Jika pelanggan menerima perakuan yang dikeluarkan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah menyiarkan suatu salinan perakuan itu yang ditandatangani dalam suatu repositori diiktiraf, sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen dan pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu, melainkan jika suatu kontrak antara pihak berkuasa pemerakuan berlesen dan pelanggan itu memperuntukkan selainnya.

(2)

Jika pelanggan tidak menerima perakuan itu, pihak berkuasa pemerakuan berlesen tidak boleh menyiarkannya, atau hendaklah membatalkan penyiarannya jika perakuan itu telah pun disiarkan.

Penerimapakaian kehendak yang lebih ketat dibenarkan 31.

Tiada apa-apa jua dalam seksyen 29 dan 30 boleh menghalang pihak berkuasa pemerakuan berlesen daripada mematuhi standard, pernyataan amalan pemerakuan, pelan keselamatan atau kehendak kontraktual yang lebih ketat daripada, tetapi namun begitu konsisten dengan, Akta ini.