Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
Penggantungan atau pembatalan perakuan kerana pengeluaran tidak betul
(1)
Jika setelah mengeluarkan sesuatu perakuan pihak berkuasa pemerakuan berlesen mengesahkan bahawa ia tidak dikeluarkan mengikut seksyen 29 dan 30, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah dengan serta-merta membatalkannya.
(2)
Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh menggantung sesuatu perakuan yang telah dikeluarkan olehnya bagi suatu tempoh munasabah yang tidak melebihi empat puluh lapan jam sebagaimana yang perlu untuk membolehkan penyiasatan dijalankan untuk mengesahkan alasan bagi suatu pembatalan di bawah subseksyen (1).
(3)
Pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah dengan serta-merta memberitahu pelanggan itu mengenai pembatalan atau penggantungan di bawah seksyen ini.
Tandatangan Digital 33