Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
Waranti kepada pelanggan
(1)
Dengan mengeluarkan sesuatu perakuan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen mewarantikan kepada pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu bahawa—
(a)
perakuan itu tidak mengandungi apa-apa maklumat yang pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu tahu adalah palsu;
(b)
perakuan itu memuaskan segala kehendak Akta ini; dan
(c)
pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu tidak melebihi apa-apa had lesennya dalam mengeluarkan perakuan itu.
(2)
Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen tidak boleh menolak atau mengehadkan waranti di bawah subseksyen (1).
34
Undang-Undang Malaysia
Obligasi berterusan kepada pelanggan 35.
Melainkan jika pelanggan dan pihak berkuasa pemerakuan berlesen bersetuju selainnya, suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen, dengan mengeluarkan suatu perakuan, berjanji kepada pelanggan itu—
(a)
untuk bertindak dengan segera untuk menggantung atau membatalkan sesuatu perakuan mengikut Bab 5 atau 6;
dan
(b)
untuk memberitahu pelanggan itu dalam masa yang munasabah mengenai apa-apa fakta yang diketahui oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu yang nyata sekali menyentuh kesahan atau kebolehpercayaan perakuan itu selepas ia dikeluarkan.
Representasi atas pengeluaran 36.
Dengan mengeluarkan sesuatu perakuan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen memperakui kepada semua yang dengan munasabahnya bergantung pada maklumat yang terkandung dalam perakuan itu bahawa—
(a)
maklumat dalam perakuan itu dan yang disenaraikan sebagai disahkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu adalah tepat;
(b)
segala maklumat yang boleh diramalkan material kepada kebolehpercayaan perakuan itu dinyatakan atau digabungkan secara rujukan dalam perakuan itu;
(c)
pelanggan itu telah menerima perakuan itu; dan
(d)
pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah mematuhi segala undang-undang terpakai yang mengawal pengeluaran perakuan itu.
Representasi atas penyiaran 37.
Dengan menyiarkan sesuatu perakuan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen memperakui kepada repositori yang dalamnya perakuan itu disiarkan dan kepada semua yang dengan munasabahnya bergantung pada maklumat yang terkandung dalam perakuan itu bahawa pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah mengeluarkan perakuan itu kepada pelanggan itu.
Tandatangan Digital 35