Malaysia legislation

Section 41

of AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Seksyen 41

Penanggungan kerugian pihak berkuasa pemerakuan berlesen oleh pelanggan

(1)

Dengan menerima sesuatu perakuan, seseorang pelanggan mengaku janji untuk menanggung rugi pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh pengeluaran atau penyiaran perakuan itu dengan bergantung pada—

(a)

suatu representasi fakta yang palsu dan material oleh pelanggan itu; atau

(b)

kegagalan pelanggan untuk menzahirkan suatu fakta material, jika representasi atau kegagalan untuk menzahirkan itu dibuat sama ada dengan niat untuk memperdaya pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu atau seseorang yang bergantung pada perakuan itu, atau dengan kecuaian.

(2)

Jika pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu mengeluarkan perakuan itu atas permintaan satu atau lebih ejen pelanggan itu, ejen atau ejen-ejen itu mengaku janji sendiri untuk menanggung rugi pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu di bawah seksyen ini, seolah-olah mereka ialah pelanggan yang menerima dalam hak mereka sendiri.

(3)

Tanggung rugi yang diperuntukkan dalam seksyen ini tidak boleh ditolak atau dihadkan skopnya secara kontraktual.

Pemerakuan ketepatan maklumat yang diberikan 42.

Dalam memperoleh maklumat mengenai pelanggan yang material kepada pengeluaran sesuatu perakuan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh menghendaki pelanggan itu memperakui ketepatan maklumat yang relevan dengan terikat dengan sumpah atau ikrar.

Tandatangan Digital 37