Malaysia legislation

Section 53

of AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Seksyen 53

Pembatalan atas permintaan

(1)

Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah membatalkan sesuatu perakuan yang dikeluarkan olehnya tetapi yang bukan suatu perakuan transaksi,—

(a)

apabila menerima permintaan untuk membatalkan daripada pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu; dan

(b)

apabila mengesahkan bahawa orang yang meminta pembatalan ialah pelanggan itu atau ialah ejen pelanggan itu yang mempunyai kuasa untuk meminta pembatalan itu.

Tandatangan Digital 41

(2)

Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah mengesahkan sesuatu permintaan untuk pembatalan dan membatalkan perakuan dalam satu hari perniagaan selepas menerima kedua-dua permintaan bertulis pelanggan dan keterangan yang dengan munasabahnya mencukupi untuk mengesahkan identiti orang yang meminta pembatalan itu atau ejen itu.

Pembatalan atas kematian atau pembubaran pelanggan 54.

Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah membatalkan sesuatu perakuan yang dikeluarkan olehnya—

(a)

apabila menerima suatu salinan terperaku sijil kematian pelanggan itu atau apabila disahkan melalui keterangan lain bahawa pelanggan itu telah mati; atau

(b)

apabila diserahkan dokumen yang melaksanakan pembubaran pelanggan atau apabila disahkan melalui keterangan lain bahawa pelanggan itu telah dibubarkan atau tidak lagi wujud.